283 MURID SEKOLAH TERIMA SUMBANGAN DAN BANTUAN MAKANAN DARIPADA SULTAN JOHOR
Seramai 283 murid berbilang kaum dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Johor Bahru menerima kurnian bantuan makanan dan sumbangan peribadi daripada DYMM Sultan Johor, hari ini (9 Februari).
Bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan kepada SJK (C) Foon Yew 3, Taman Dato Onn, SJK (C) Pei Chih, Taman Desa Cemerlang serta SJK (C) Tiram, Ulu Tiram.
Bantuan disampaikan Yang Berhormat' Mejar Cina Dato’ David Wong dengan diiringi Ketua Penyelarasnya, Encik Desmond Lee serta sukarelawan YSIJ kepada Guru Besar sekolah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pengetua SJK (C) Pei Chih, Ong Lee Peng merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Baginda Tuanku Sultan.
‘Saya mewakili ibu bapa para pelajar amat berterima kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Bantuan ini amat bermakna kepada mereka,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
Kredit https://www.facebook.com/456817247818307/posts/1774952082671477/?d=n